Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat Malayia Airlines (MAS) penerbangan MH370.<br /><br />Ketika ditemubual dengan akhbar The Telegraph United Kingdom, Anwar berkata beliau percaya kerajaan tahu lebih daripada apa yang dimaklumkan.