Kerajaan China menghargai usaha yang dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mencari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.<br /><br />Sehubungan itu, Duta China ke Malaysia Huan Huikang berkata kerajaannya tidak memendam kekecewaan berhubung tindakan Malaysia dalam menangani nahas berkenaan yang menyaksikan 152 penumpang warganya turut hilang.<br /><br />Bercakap pada sidang media hari ini, beliau menyalahkan media Barat kerana membangkitkan sentimen waris penumpang warga China.
