Polis telah membebaskan semua penumpang pesawat Malaysia Airline (MAS) penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu daripada empat aspek yang disiasat iaitu rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi.<br /><br />Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan masih dijalankan terhadap kru kapal terbang berkenaan termasuk juruterbang dan pembantunya.