Tindakan mengambil alih lebuh raya akan menghakis keyakinan pelabur asing dan menyebabkan kerajaan perlu berbelanja sebanyak RM400 bilion, demikian kenyataan Kementerian Kerja Raya.<br /><br />Ini kerana langkah itu akan dilihat sebagai proses "nasionalisasi" dan akan memberi imej buruk kepada kerajaan, kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Ahli Parlimen Serdang Hanipa Maidin.
