Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bahawa jika semua rakyat mengundi mengikut kaum masing-masing, maka negara akan aman sampai kiamat.<br /><br />Beliau berkata demikian pada sidang medianya di Parlimen, ketika mengulas permintaan ahli parlimen pembangkang supaya kerajaan melaksanakan konsep satu rakyat satu undi semasa menjalankan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
