Hasil pelaksanaan rasionalisasi subsidi akan terus disalurkan kepada peruntukan pembangunan negara demi kesejahteraan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.<br /><br />Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ini juga untuk menampung pelaksanaan projek-projek tambahan terutama di Sabah dan Sarawak.<br /><br />Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang ingin tahu langkah rasionalisasi subsidi di Dewan Rakyat hari ini.
