Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan pasukan polis supaya menjalankan siasatan rapi dari segenap sudut sesuai dengan cabaran kepolisian abad ke-21 berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.<br /><br />Katanya, walaupun jawapan sebenar kepada misteri berkenaan hanya boleh diketahui melalui rakaman perbualan kokpit di dalam kotak hitam, namun polis perlu komited dan profesional semasa menyiasat.
