Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan kargo pesawat Malaysia Airlines (MH370) yang hilang sejak 8 Mac lalu membawa palet kayu.<br /><br />Bgagaimanapun, Hishammuddin berkata, setakat ini tiada bukti bahawa palet kayu yang dilaporkan ditemui di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi berhampiran perairan Australia tempoh hari mempunyai kaitan dengan muatan berkenaan.