Majlis Agama Islam setiap negeri mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi mengambil tindakan terhadap mana-mana individu tanpa tauliah yang cuba memecah-belahkan umat Islam sama ada melalui ucapan atau ceramah di masjid.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa peruntukan sedia ada juga menyatakan tindakan boleh diambil kepada mereka yang menyampaikan perkara negatif.
