Kegagalan BN merampas DUN Kajang pada pilihan raya kecil, semalam bukanlah satu keputusan yang memeranjatkan.

Analisis ringkas mendedahkan jumlah peratus pengundi Melayu yang mengundi BN pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu, kali ini memberikan sokongan mereka kepada calon PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Antara kawasan Melayu yang berjaya ditembusi Pakatan Rakyat adalah di Taman Delima dan Sungai Sekamat.

Tinjauan KiniTV mendapati penduduk di kedua-dua daerah ini, kebanyakannya berang dan kecewa dengan pentadbiran BN yang didakwa mengguna taktik kotor, termasuk mengupah samseng.