Laungan reformasi bergema di Kajang sebaik sahaja keputusan pilihan raya kecil DUN Kajang diumumkan dengan menamakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai ADUN baru.<br /><br />Beliau dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya turun bersalaman dengan orang ramai dan penyokong Pakatan Rakyat yang telah mengundi mereka.