Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pada majlis mengumpul dana parti di Dewan Sivik Petaling Jaya malam semalam mencuri tumpuan apabila tampil berpakaian ala banduan sambil berucap.<br /><br />Katanya, pakaian itu sebagai persediaan sekiranya ditangkap kerana beliau akan terus mendedahkan skandal 1MDB dan khususnya peranan sebuah ‘syarikat minyak’ dari Timur Tengah.
