Mengulas ancaman kumpulan pengodam ‘Anonymous Malaysia’ untuk bertindak ke atas kira-kira 150 laman web kerajaan pada 29 Ogos ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak memandang ringan perkara itu.<br /><br />Katanya, polis percaya pengumuman itu bukannya dibuat dari negara ini dan juga belum dapat memastikan kerakyatan ‘Anonymous Malaysia’.