Sebuah helikopter membawa 12 orang terhempas di sebuah lagun di tengah bandar komersial Lagos, Nigeria, menyebabkan empat orang terbunuh manakala dua lagi masih hilang.<br /><br />Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nigeria NCAA, helikopter pengangkut Sikorsky S-76C yang berkhidmat untuk syarikat cari gali minyak pesisir Bristow Group, terhempas kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan di kawasan Oworonshoki.