Misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi gagal menemui objek yang imejnya dicerap oleh satelit China, meskipun operasi semalam meliputi lokasi objek itu dikesan.<br /><br />Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya hari ini, berkata mereka menggunakan maklumat yang disalur oleh China itu untuk memeta plot pencarian.<br /><br />Hari ini, pencarian dibahagikan kepada dua, dalam kawasan yang sama meliputi keluasan 59,000 kilometer persegi, kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, petik kenyataan itu.