Pasukan Austalia menjalankan operasi memeriksa kawasan di selatan Lautan Hindi selepas satelitnya mengesan dua objek yang disyaki sebagai bahagian kapal terbang di lokasi tersebut.<br /><br />Pihak berkuasa maritim Austalia menyebut, ada di antara objek berkenaan dikesan sebesar 24 meter dan dikesan pada kedudukan 2,500 kilometer dari barat daya Perth di pantai barat negara itu.
