Satelit China hari ini menjumpai objek yang berkemungkinan adalah serpihan daripada pesawat Malaysian Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang di Lautan Hindi, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. <br /> <br />Beliau berkata objek itu berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar. <br />Maklumat berkenaan diterimanya ketika taklimat hariannya kepada wartawan, petang ini.
