Kajian pola pengundian DUN Kajang mendapati pengundi di Kajang tidak menghiraukan sangat pilihan raya kecil DUN Kajang yang dijadualkan Ahad ini.<br /><br />Sehubungan itu, kata Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (Unisel) Dr Muhammad Shamshinor Abdul Aziz, Kajang adalah pilihan raya kecil yang paling 'sejuk' kerana ditenggelami dengan isu-isu seperti kehilangan pesawat MAS dan jerebu.<br /><br />Kajian berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama penyelidik dari UKM, UTAR, USIM dan UMS.