Kain rentang dan poster PKR yang mengguna-pakai slogan pasukan bolasepak Liverpool 'You'll Never Walk Alone' sekitar Kajang diturunkan, semalam.<br /><br />Menurut ADUN Balakong Ng Tien Chee alasan yang diberikan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi berbuat demikian adalah kerana poster dan kain rentang berkenaan boleh menjejaskan ketenteraman awam.