Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mendakwa kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunaikan janji pilihan raya umum ke-13 iaitu untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kajang 2.<br /><br />Menurut pemimpin DAP ini, setakat hari ini, Kementerian Pendidikan masih belum mengemukakan sebarang pelan pembinaan sekolah berkenaan kepada Majlis Perbandaran Kajang, walaupun telah memperolehi sebidang tanah, tahun lalu.
