Sukar untuk mengenal-pasti apa yang berlaku di sebalik kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kerana tidak ada tuntutan wang tebusan yang dibuat, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. <br /> <br />Justeru, menurut beliau pihak berkuasa tidak dapat mengandaikan apa yang berlaku adalah rampasan mahupun tindakan keganasan. <br /> <br />Buat masa ini tumpuan siasatan adalah: rampasan, sabotaj dan masalah psikologi penumpang dan anak kapal serta masalah di antara penumpang dan anak kapal.
