Malaysia tidak menyembunyikan sebarang maklumat berhubung kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang Sabtu lalu.<br /><br />Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, malah kerajaan juga berkongsi data dengan negara-negara lain yang terlibat dalam operasi mencari itu.
