Belum pun habis kontroversi upacara ritual 'buluh bubu', masyarakat sekali lagi dikejutkan dengan aksi 'tikar terbang' oleh bomoh Ibrahim Mat Zin yang dilihat kononnyas bersungguh-sungguh mahu membantu pihak berkuasa mencari pesawat MH370.<br /><br />Parodi 'tikar terbang' yang sudah tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak petang semalam menjadi trending seluruh masyarakat termasuk golongan pemimpin politik dan anak-anak muda.<br /><br />Beliau terus menjadi sasaran kritikan dengan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jammaah (ASWAJA) menggesa pihak berkuasa agama bertindak tegas terhadap Ibrahim kerana melakukan perbuatan "syirik", sekali gus menjejaskan imej negara.
