Kadar pencemaran udara di seluruh negara bertambah buruk hari ini dengan Pelabuhan Kelang mencatatkan bacaan 233 iaitu sangat tidak sihat.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan setakat jam 5 petang tadi, menunjukkan 13 lokasi lain mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Antaranya Banting 189 dan diikuti dengan Kuala Selangor 179.

Bacaan di Putrajaya - 168. Batu, Kuala Lumpur -163 dan Petaling Jaya - 159.

Bacaan IPU baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.

Sementara itu, tinjauan Kinitv di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati jerebu juga agak tebal.

Kadar pandangan juga dikatakan agak terhad.

Tinjauan kami di Kajang juga mendapati keadaan tidak banyak bezanya.