Satu memorandum berhubung perpaduan nasional akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri, kata presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.<br /><br />Beliau bersama NGO Melayu lain yang menubuhkan Jawatankuasa Penyerahan Memorandum Barisan Perpaduan Nasional berkata, memorandum itu akan diberikan selewatnya 15 Ogos selepas satu wawancara dan konvensyen perpaduan nasional diadakan.