Anggota keluarga dan warganegara China yang hilang dalam pesawat MH370 berang dengan empat petugas Malaysia Airlines (MAS) dan membaling mereka dengan botol air.<br /><br />Kejadian di Beijing itu berlaku ketika kakitangan MAS memberi taklimat sebelum membawa mereka ke Kuala Lumpur.<br /><br />Waris dan keluarga mangsa dikatakan tidak berpuas hati apabila kakitangan MAS itu tidak dapat memberi maklumat terkini berhubung pesawat yang tidak dapat dikesan sejak Sabtu lalu.
