Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata BN akan mengubah strategi kempen berikutan perubahan calon lawan.<br /><br />Bagaimanapun beliau yang juga timbalan pengerusi BN berkata, gabungan itu tidak akan memperlahankan rentak kerana jentera parti sudah bergerak sepenuhnya ketika ini.