Langkah Kajang masih hidup dan bakal merintis jalan ke Putrajaya kata calon pilihan raya kecil (PRK) PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.<br /><br />Dalam temubual bersama KiniTV Wan Azizah berkata walaupun Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi bertanding, kehadiran beliau sebagai saluran perhubungan' bagi memastikan pentadbiran Selangor ditingkatkan.<br /><br />Menurut beliau penglibatan sebagai ahli dewan undangan negeri akan menguatkan keupayaan beliau sebagai presiden parti kerana mampu berurusan terus dengan kerajaan negeri Selangor.