Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan media yang mendakwa bahawa China membidas Malaysia kerana lambat bertindak dan gagal membekalkan maklumat terkini tentang kehilangan pesawat MH370 adalah tidak benar.<br /><br />Katanya, beliau banyak berurusan dengan pemimpin kanan China, termasuk Duta Besarnya di Kuala lUmpur untuk memaklumkan sebarang perkembangan, khususnya membabit 154 penumpang rakyat China yang turut hilang.
