Tiada petanda baharu mengenai kehilangan pesawat MH370 Sabtu lalu, ditemui setakat tengah hari ini, walaupun 24 pesawat dan 40 kapal sedang giat mencari.<br /><br />Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya akan mencari selama mungkin hingga menjumpai pesawat malang berkenaan.<br /><br />Menurutnya, usaha mengesan di Laut China Selatan dan Selat Melaka sejak Sabtu lalu gagal menemui sebarang serpihan pesawat.
