Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Pakatan Rakyat untuk memastikan BN hilang deposit pada pilihan raya kecil Kajang 23 Mac ini susulan keputusan rayuan kes liwat II semalam. <br /> <br />Berucap pada majlis penutup Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam, petang tadi, Lim berkata menang sahaja tidak mencukupi tetapi mereka berikrar bagi memastikan calon BN hilang wang deposit.