Serpihan yang dikatakan ekor pesawat MH370 adalah hanyalah beberapa longgokan kayu di laut kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.<br /><br />Pada sidang medianya hari ini, beliau berkata Malaysia juga gagal mengesahkan penemuan 'tingkap' pesawat oleh tentera Vietnam yang heboh diperkatakan kerana negara itu sendiri tidak dapat memastikan kesahihan penemuan berkenaan.
