Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, menurut rakaman radar, ada kemungkinan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). <br /> <br />Bagaimanapun menurutnya, perkara itu masih dalam siasatan manakala kerja mengesan pesawat yang hilang lebih 24 jam semasa dalam perjalanan ke Beijing, China itu telah pun diperluaskan.
