Warga kota tidak menerima baik saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup untuk menghapuskan ruangan bangsa dalam borang di negara ini.<br /><br />Tinjauan Kinitv mendapati sebahagian besar rakyat mahu identiti bangsa mereka dimasukkan dalam semua borang berkaitan.<br /><br />Bagi mereka cadangan seumpama itu adalah usaha halus dan terancang untuk mengubah identiti negara yang sedia ada sejak sekian lama.