Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kawasan mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kini diperluaskan dengan tambahan bilangan aset yang dikerahkan membabitkan sejumlah 15 pesawat. <br /> <br />Pada sidang akhbar khas, katanya kerajaan juga telah mendapat kerjasama daripada Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat untuk membantu usaha mencari dan menyelamat.
