Penentangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terhadap fahaman liberalisme ialah kerana gerakan itu berasaskan fahaman ateisme yang tidak mempercayai Tuhan.<br /><br />Malah, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman, slogan yang menjadi tema liberal iaitu "Liberty, Equality & Fraternity"turut menjadi tema kepada gerakan 'Freemason'.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam forum 'BicaraKini' terbitan KiniTV yang membincangkan tajuk 'Ancaman Liberalisme di Negara Ini" yang turut membariskan Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) Khalid Jaafar.