Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan The Edge Communications. untuk menangguhkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantung permit penerbitan dua akhbar syarikat itu selama tiga bulan.<br /><br />Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di kamarnya.<br /><br />Permit kedua-dua akhbar itu, The Edge dan The Edge Financial Daily digantung kerana menyiarkan laporan isu 1MDB.