Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempertikaikan kesungguhan calon PKR DUN Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi wakil rakyat di kawasan itu. <br /><br />Soalnya, bagaimana Ketua Pembangkang itu mahu menjaga kebajikan rakyat Kajang sekiranya beliau terlalu sibuk mengejar jawatan untuk menjadi menteri besar dan sering ke luar negara. <br /><br />Malah kata Muhyiddin yang juga adalah Timbalan Perdana Menteri, adalah lebih baik jika Anwar menyerahkan tugas menjaga rakyat Kajang kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun.
