Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa dirinya dan parti berkenaan tidak dimaklumkan mengenai pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan berhubung pengambil-alihan pengurusan syarikat-syarikat bekalan air hari ini.

Walau bagaimanapun, katanya, beliau secara dasarnya bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu dan sedang meneliti MoU berkenaan.

Menerusi perjanjian itu kerajaan negeri Selangor akan mengambil-alih syarikat konsesi berkenaan dengan bayaran pampasan RM9.65 bilion manakala kerajaan persekutuan pula akan menyuntik dana berjumlah RM2 bilion.

Selangor juga akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2.