Surprise Me!

Catuan air di Selangor bermula esok

2015-08-14 0 Dailymotion

Catuan air di Selangor akan bermula esok dan penumpuan akan diberikan kepada kawasan-kawasan bermasalah, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau yang dipetik portal SelangorKini berkata, catuan atau istilah yang digunakan iaitu penjadualan adalah bagi memastikan bekalan air berterusan di negeri itu.

Menurut Khalid, catuan itu dibahagikan kepada dua zon dan melibatkan tempoh selama dua hari sesuatu zon menerima bekalan air dan dua hari satu zon tiada bekalan air secara bergilir.

Katanya, penjadualan itu lebih menumpukan kepada kawasan yang menerima kesan daripada penutupan empangan akibat pencemaran yang berlaku baru-baru ini.

Beliau juga berkata catuan itu dijangka berakhir Mac depan selepas taburan hujan konsisten dan kapasiti air di empangan negeri itu bertambah.

Buy Now on CodeCanyon