Datuk Zaid Ibrahim menafikan dakwaan yang beliau pernah melobi kerajaan Selangor bagi pihak kawannya untuk mendapatkan tanah di Selangor seperti didakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, semalam.<br /><br />Menurut Zaid yang pernah bersama PKR suatu ketika dulu, beliau bukan sahaja tidak ada kepentingan dalam dua syarikat yang didedahkan dalam emel oleh Rafizi, malah tidak mengenali pemiliknya pun.
