Presiden NGO pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam ucapan perasmiannya pada sebuah forum agama di Kuala Lumpur malam semalam mendakwa bahawa ancaman terhadap Islam semakin menjadi-jadi akibat tindakan orang Melayu dan Islam sendiri. <br /> <br />Katanya, mereka ini yang dikenali sebagai Melayu liberal bukan sahaja terdapat di kalangan ahli politik pembangkang tetapi juga di Jabatan Perdana Menteri, Dewan Rakyat dan jabatan kerajaan lain serta media massa.