Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan pemuda Umno bahagian Semporna berkata tidak ada salahnya meraikan perbezaan pendapat dalam parti itu.<br /><br />Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tiga usul ‘panas’ yang dibahaskan iaitu mendesak presiden parti Datuk Seri Najib Razak bercuti, membatalkan arahan supaya pemilihan Umno ditangguhkan serta mahu ketelusan isu 1MDB.
