Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini bersumpah mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang syarikat bermasalah 1MDB pernah berhasrat mencagarkan minyak dan gas asli di perairan negeri itu.<br /><br />Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian Umno Kemaman, katanya, Sultan Terengganu sendiri maklum mengenai perkara itu, merujuk tindakan yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB.
