Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, tidak timbul soal peribadi dalam pemilihan
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Kajang.

Sebaliknya, beliau yang tidak hadir ketika sidang media oleh ketua umum PKR itu berkata baginya perjuangan parti harus didahulukan daripada kepentingan peribadi.

Azmin yang ditemui wartawan di bangunan ibu pejabat PKR tidak mahu mengulas lanjut mengenai kemungkinan Anwar dilantik sebagai menteri besar yang baru tetapi sekadar berkata dirinya orang yang kecil.