Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata kekalahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan akan menyaksikan 'kematian Pakatan Rakyat'.<br /><br />Bercakap pada forum bertajuk "Serampang Kajang" di Subang Jaya malam tadi, katanya, ini kerana momentum hasil pencapaian mereka dari gabungan Pakatan akan terhenti dan seterusnya membawa perpecahan.