Pemandu teksi hari ini mendesak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD) untuk mengembalikan bayaran surcaj RM12 bagi membawa penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).<br /><br />Surcaj berkenaan telah dimansuhkan melalui surat pekeliling bertarikh Mei lalu tetapi didakwa menimbulkan kekeliruan apabila pegawai SPAD mndenda pemandu yang tidak mematuhi atau tidak menyedari tentang peraturan berkenaan.
