Pakatan Rakyat tetap berpegang kepada pendirian bahawa masyarakat bukan Islam di negara ini dibenar menggunakan kalimah Allah tetapi tertakluk kepada beberapa syarat.<br /><br />Antaranya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang medianya hari ini adalah bukan dengan tujuan memurtadkan umat Islam.<br /><br />Selain itu, menurutnya, beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merampas kitab Bible bahasa Melayu dan bahasa Iban.
