Bekas Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mencabar Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya mengisytiharkan hartanya bagi membuktikan komitmen pentadbirannya dalam memerangi rasuah.<br /><br />Ketika membuat cabaran itu, Ambiga juga berkata bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti diketuai seseorang yang boleh memaksa perdana menteri berbuat demikian dan menyiasat kedudukan kewangannya.