Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan cuba memperdayakan rakyat dengan kenyataan kononnya subsidi perlu dikurangkan kerana harga komoditi selutuh dunia sedang menjunam.<br /><br />Sebaliknya, kata beliau keborosan perbelanjaan dan kegagalan merawat ketirisan perbelanjaan kerajaan menyebabkan kadar inflasi terus meningkat dan ini diburukkan lagi dengan pengurangan subsidi minyak dan pemansuhan subsidi gula.